Selasa, 20 Januari 2009

BAHAGIA HANYA IGAUAN

Sebuah rumahtangga yang bahagia.

Itulah impianku. Mungkin sama juga seperti gadis-gadis lain yang mempunyai idaman kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

Sejak mengenali Am, aku sungguh bahagia. Am seorang yang penyanyang dan sentiasa memahami diriku. Apatah lagi, rasanya kehagiaanku semakin bertambah setelah aku sah menjadi isteri Am, jejaka yang amat aku cintai. Dialah jejaka pertama yang hadir membawa cinta dalam hidupku, dan aku harap dia juga jejaka terakhir dan selamanya dalam hidupku.

Namun semua itu hanya anganku semata. Am tidak seperti yang aku harapkan. Selama enam bulan hidup sebumbung dengannya, Am mula menunjukkan belang. Dia seorang pencemburu yang melampau. Kesetiaanku bukan saja dipertikaikan, malah tidak langsung dihargai.

Tergamak sungguh Am menuduh aku menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain? Astaghfirullah-al-azim. Laknatlah bagiku jika tuduhannya itu benar. Bermacam-macam penafian yang aku berikan. namun Am tiadak pernah mempercayainya.

Semain hari, cemburu Am semakin menjadi-jadi. dan sejak itulah juga aku sering menjadi mangsa penamparnya. Tanpa rasa belas kasihan san simpati langsung.

Oh sungguh tidak kusangka nasib diriku sebegini malang. lelaki yang kuharapkan menjadi perlindungan, rupanya menjadi tempat melepaskan baran dan geramnya.

Entahlah... sampai bila agaknya nasibku berterusan sebegini.

(Nota: Sebagaimana yang diceritakan oleh Zella kepada Penulis).

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Arwah nenek Mak Cik kata, orang lelaki kalau dah sekali pukul isteri agak sukar hendak berhentikan tabiat ini.

    Macam satu penyakit.

    Kawan Mak Cik dulu pun selalu dipukul suami, sampai dia tak tahan lalu belajar Tea Kwan Do. Bila dah pandai, suami dia cuba nak pukul apa lagi dia pun gunakan skill dia. Mulai dari itu suami dia tidak lagi pukul dia. Bukan niat dia hendak berhenti tapi kerana dia pun sakit bila isteri tepis dia.

    Tapi hidup ini memang banyak dugaan. Tidak ada yang sempurna. Kadang kadang dapat suami tak pukul, baik, alim, bertanggung jawab - ipar duai pula buat hal.

    Macam macam dugaan. Sabar sahajalah.

    BalasPadam
  2. Sertai rancangan terbaru berjudul: "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" 24 jam sehari, 7 hari seminggu, hanya di kaca screen komputer anda...

    BalasPadam
  3. setuju dengan pendapat melayuangkat (???), suami kalau sekali meletak tangan ke badan isteri dia akan ketagih, tunggu angin dia baik dan bincang dan beri amaran sekali, jika perbuatan tak senonoh dan bertamaddun tu diulangi, siisteri akan tinggalkannya. bertindak sebelum terlambat. Itupun kalau u r brave enough to do so kalau tak tahan badan je le. kaunseling? lupakan je sebab lelaki rata-rata ego setinggi gunung yg tak pernah mencapai awan!

    Ramai wanita terdera mental dan fizikal tapi masih bersabar dengan alasan demi anak-anak sehinggalah keadaan tak terkawal dan nyawa terancam baru nak bertindak. Mudah lemah dan sejuk hati bila suami yang bila-bila saja boleh bertukar menjadi singa lapar tu merayu siap ngan nangis lagiks. Apapun mungkin gaks suami tu ada history yg buat dia jadi cenggitu?

    Doale dan pohon petunjuk dari Allah SWT. sokongan keluarga terdekat amat perlu.

    BalasPadam
  4. Terimakasih masuk blog mamaju.ceritalah lagi...

    BalasPadam